Wednesday, August 29, 2012

Taklimat Guru

Taklimat khas sempena Majlis Solat Hajat Perdana diadakan di Bilik Gerakan. Penyelaras Program, Ustazah Halimah telah memberi penjelasan kepada rakan-rakan guru tentang perjalanan program dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. 

Sesungguhnya, kesepakatan dan komitmen guru-guru menjayakan setiap aktiviti SKSRD di setiap ketika.


Ustazah Halimah sedang memberikan taklimat ringkas
kepada rakan-rakan guru

Serius menatap Buku Program. Mesti ada yang tak kena.....

Renungan tajam... ada yang tak puas hati ke?

Dua jejaka berbaju hitam meneliti aturcara program.

Friday, August 10, 2012

Anugerah Guru Nilam

Pusat Sumber SKSRD telah memilih dua orang guru sebagai penerima hadiah Guru Nilam bagi Bulan Julai. Majlis penyampaian hadiah diadakan di Tapak Perhimpunan SKSRD.


Puan Tun Zetty Aida, Guru Bahasa Inggeris Tahun 1 & Tahun 4


Puan Irdiana, Guru Bahasa Inggeris Tahun 4 dan Tahun 5










Thursday, August 2, 2012

Ulangkaji Matematik

Pelajar 4 Dedikasi menjawab soalan-soalan latihan Matematik kertas 2 sebagai persediaan menghadapi ujian bulanan ke 2 yang akan bermula pada 7hb. Ogos ini.

Adik Aemran sedang menjawab soalan yang diberi oleh cikgu

Adik Husna tekun menjawab soalan



Wednesday, August 1, 2012

Gantung Bendera

Panitia Kajian Tempatan bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan menggantung bendera sempena Bulan Kemerdekaan.

Cikgu Fazly bekerja keras mempastikan Kejayaan
Sambutan Kemerdekaan pada tahun  ini.

Merdeka!!!

Tuesday, July 31, 2012

Tadarrus Ramadhan 1433H

Sempena Program Ihya' Ramadhan tahun ini, pelajar-pelajar SKSRD mengambil peluang untuk bertadarrus mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

Adik Mifzal sedang membaca ayat-ayat Al Qur'an di dalam Juzuk ke-19

Adik Syahmi memerhatikan ayat yang dibaca

Adik Syafiq fokus kepada ayat yang dibaca

Friday, July 27, 2012

Pertandingan Dam dan Congkak

'Indoor Games' ini merupakan anjuran Pusat Sumber Sekolah kebangsaan Sg Ramal Dalam. "Pertandingan ini menjadi salah satu aktiviti bersempena program 'Bulan Julai Bulan Membaca' peringkat SKSRD", ujar Cikgu Rohaya yang juga penyelaras program merangkap Guru Media sekolah.

Lawan Dam... Siapa yang menang?


Ini pula Lawan Congkak. Siapa sedang mendahului?

Wednesday, July 25, 2012

Tazkirah Ramadhan 1433H

Sempena kedatangan Ramadhan 1433H ini Unit Kurikulum dan Panitia Pendidikan Islam telah merancang beberapa aktiviti yang bermanfaat kepada Warga SKSRD. 

Pada pagi ini, Penghayatan Ramadhan ('Ihya' Ramadhan) dimulai dengan Majlis Tazkirah Pagi. Panitia Pendidikan Islam telah menyusun jadual penggiliran untuk guru-guru menyampaikan tazkirah pagi di Gelanggang Juara.

Ustazah Norzainie sedang menyampaikan tazkirah

Pelajar mengamati bait-bait kata yang disampaikan oleh Ustazah Norzainie



Tuesday, July 24, 2012

Percubaan UPSR

Pelajar Tahun 6 SKSRD menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR bermula 24.07.2012 (Selasa) hingga 26.07.2012. 

Tekun menulis jawapan


Suasana peperiksaan di Dewan SKSRD



Wednesday, July 4, 2012

YDP Merasmikan Kejohanan


Dr Muhammad Fadhli selaku YDP PIBG SK Sg Ramal Dalam sesi 2012/2013 mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke Kejohanan Sukan Tahunan ini. YDP berharap semoga kehadiran ibu bapa pada hari ini mampu menyuntik semangat juang ke dalam diri anak-anak untuk bersaing dan bertanding.



Saturday, June 23, 2012

Bengkel UPSR

Jawatan kuasa Projek Kecemerlangan UPSR 2012 telah menganjurkan bengkel Menjawab Kertas Mata pelajaran Sains. Penceramah jemputan ialah Cikgu Azhar Punandir.

Cikgu Abu Talib selaku Guru Penyelaras Tahun 6
sedang memberikan kata-kata nasihat


Cikgu Azhar sedang mengendalikan Bengkel Menjawab
Mata pelajaran Sains.



Friday, June 15, 2012

Isra' Wal Mikraj Rasulullah

SK Surada telah menganjurkan majlis khas untuk mengimbau kembali peristiwa penting yang telah berlaku ke atas tubuh badan baginda Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam.

Penceramah menggunakan tayangan LCD
untuk menarik minat pelajar

Pelajar tahun 4 tekun mendengar ceramah

Pelajar tahun 6 {Adib & Fadhil} 

Thursday, June 14, 2012

Waktu Rehat ...

Cikgu-cikgu SK Surada sentiasa mengingatkan pelajarnya tentang disiplin sepanjang waktu persekolahan termasuklah semasa membeli makanan di kantin sekolah.

Pelajar beratur untuk membeli makanan


Menunggu mendapatkan makanan

Membayar harga makanan

Menikmati makanan
Sama ada yang dibeli atau yang di bawa sendiri.

Monday, May 21, 2012

Guru Penolong kanan 1


Guru Besar memperkenalkan GPK 1 yang baru,
Puan Sarifah Rafeah Bt Ya'acob


Puan Sarifah Rafeah bersama Puan Aishah



Thursday, May 3, 2012

Mesyuarat Sukan Sekolah

Mesyuarat Sukan kali pertama diadakan di Bilik Gerakan SKSRD. Mesyuarat memfokuskan mengenai acara, peraturan dan jadual latihan.

Apa yang sedang difikirkan oleh Ustaz Muhaimin?
Sedang merangka strategi  kot.

Cikgu Jamal selaku Setiausaha Sukan
sedang menyampaikan taklimat kepada rakan-rakan guru

Thursday, April 12, 2012

Kejohanan Bolasepak

Wan Abdul Qayyum mewakili Zon Kajang
Pertandingan bolasepak peringkat Daerah Hulu Langat telah berlangsung pada 12hb April di Padang Awam Semenyih. Pasukan Zon Kajang yang dilatih oleh Cikgu Fadhil telah menang bergaya dengan mengalahkan Zon Ampang dengan jaringan 5 - 0 di dalam perlawanan pertama tetapi tewas di dalam dua perlawanan berikutnya. Tewas kepada Zon Semenyih dengan 0 - 2 dan kalah kepada Zon Cheras juga 0 - 2.

Zon Kajang diisytiharkan memenangi tempat ke-3 di dalam pertandingan tersebut yang dijalankan secara liga.

Adik Wan Abdul Qayyum bin Wan Mohd Faizal satu-satunya pelajar SKSRD yang terpilih mewakili Pasukan Zon Kajang. 

Syabas.
Cuba lagi pada tahun hadapan.



Friday, April 6, 2012

Story Telling and Action Song Competition

SK Sungai Ramal Dalam sent participants for both competition.

Story Telling Competition
SKSRD emerged as the first winner in the Action Song Competition.
Congratulation!

Thursday, April 5, 2012

Projek Susu 1 Malaysia

Wakil Kelas sedang mengambil kotak susu untuk diagihkan kepada kawan-kawan

Sedapnya ....

Nak tambah lagi ke?
Projek Susu 1 Malaysia kembali. 

Jawatankuasa penyelaras peringkat sekolah mengedarkan BORANG KEBENARAN IBU BAPA kepada para pelajar. Pelajar yang mendapat keizinan ibu bapa sahaja yang diberikan bekalan susu berkenaan.

Wednesday, April 4, 2012

Public Speaking Competition

SK Sungai Ramal Dalam had been choosen as the host for the Public Speaking Competition 2012 for Kajang Zone.

Puan Zuranasimy as the coordinator for the Public Speaking Competition had given a short briefing on the rules and regulation of the competition.


The winners for the competition were:

1)  SK Convent, Kajang
2)  SK Jalan Semenyih (2)
3)  SK Taman Rakan

Monday, March 26, 2012

Keputusan Terbaik Di dalam Kelas

Guru-guru Matematik tahun 4 telah mengambil peluang sewaktu perhimpunan mingguan untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya mendapat markah tertinggi di dalam kelas masing-masing. Berikut ialah senarai yang dinobatkan sebagai murid terbaik matapelajaran Matematik di dalam Ujian 1:-

1) Muhammad Farhan Kasrijal (4Bestari)
2) Muhammad Fathurrahman Ismail (4Amanah)
3) Muhammad Syafiq Izzat Shaipul Nizam (4Dedikasi)
4) Muhammad Amirul Haikal (4Kreatif)
5) Nur Eisyatin Radhiah bt Annuar (4Optimis)

Adik Muhammad Syafiq Izzat menerima hadiah daripada Puan Guru Besar.
{Hadiah adalah sumbangan daripada guru-guru Matematik Tahun 4}

Semoga hadiah ini dapat menjadi perangsang kepada murid-murid untuk lebih berjaya di dalam peperiksaan yang akan datang.



Thursday, March 22, 2012

Sisitem Pemarkahan Pelajar


Cikgu-cikgu SKSRD mulai sibuk untuk memasukkan markah pelajar ke dalam Sistem SAPS Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem ini dapat memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk mengetahui maklumat secara atas talian. 

{ Gambar di atas menunjukkan Cikgu Maimon sedang memasukkan markah menggunakan Laptop yang disambungkan kepada WIFI Unit Bestari SKSRD }


Tuesday, March 20, 2012

Kematian

Buletin SKSRD dimaklumkan bahawa ayah mertua kepada cikgu Faizal telah meninggal dunia pada malam tadi di Hospital Serdang. "Jenazah mertua saya telah dibawa pulang ke Bagan Datoh pada malam tadi menggunakan van jenazah Masjid Al Falah Kg Sungai Ramal Dalam", ujar cikgu Faizal.

Marilah kita sama-sama do'akan agar rohnya dicucuri dengan keampunan dan kasih sayang Allah SWT.

Monday, March 19, 2012

Keluar Hospital

Isteri kepada cikgu Sharum telah dibenarkan keluar daripada wad setelah menjalani rawatan selama 8 hari di Hospital Serdang. "Isteri saya telah dimasukkan ke hospital pada hari isnin (12.3.2012) yang lalu kerana ada mengalami jangkitan kuman di dalam darah", jelas cikgu Sharum kepada Buletin SKSRD.

Marilah kita sama-sama do'akan mudah-mudahan isteri cikgu Sharum kembali sihat dan cergas untuk bertugas semula.

Monday, March 5, 2012

Pelancaran Bulan Bahasa Melayu

 Ketua Panatia Bahasa Melayu, Cikgu Masriza menyerahkan gunting kepada Puan Guru Besar untuk memotong riben sebagai gimik perasmian.


 Banner khas sempena program Bulan Bahasa Melayu 2012 memaparkan segala aktiviti yang dirancang.


Persembahan pelajar 6 Optimis semasa majlis pelancaran Bulan Bahasa Melayu.

Perhimpunan Mingguan

 Cikgu Azimah berucap menyampaikan pesanan kepada pelajar agar sentiasa mematuhi peraturan dan disiplin sekolah.


 Cikgu Fadhilah pula mengingatkan pelajar untuk bersedia menghadapi ujian bulanan pertama yang akan bermula pada 7hb Mac 2012 (hari Rabu).


Puan Hajjah Halimah (Guru Besar SKSRD) menyampaikan piala pusingan kepada kelas yang mengungguli pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas.

Thursday, March 1, 2012

Kemenangan Emas

Penyertaan SKSRD ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat berakhir dengan hanya memenangi satu (1) emas daripada acara 80meter berpagar. Menurut Setiausaha Sukan SKSRD, Cikgu Jamaludin, kilauan emas itu dimenangi oleh adik Aqila Farah bt Zulkifli. Syabas buat adik Aqila Farah. Terima kasih kepada cikgu yang membimbing.

Senarai Ahli Jawatan Kuasa



Wednesday, February 29, 2012

Perkhemahan Unit Uniform Daerah

Pada 26-28 Februari 2012, SKSRD telah menghantar 2 orang pelajar untuk menyertai Perkhemahan Unit Uniform Lelaki (Sekolah rendah) yang bertempat di Tapak Perkhemahan Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort. Menurut Cikgu Yazid, "Kedua-dua pelajar itu mewakili Persatuan Pengakap dan PBSM sekolah". 

Cikgu Yazid yang merupakan guru penasihat Persatuan Pengakap telah dilantik sebagai guru pengiring ke program 3 hari berkenaan. Program berakhir pada tengahari hari selasa, 28-02-2012.

Tuesday, February 28, 2012

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat berlangsung bermula hari ini hingga khamis, 01 Mac 2012. Sekolah kebangsaan Sungai Ramal Dalam (SKSRD) telah dipilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan 3 hari yang berlangsung di Stadium UKM Bangi itu. Menurut Cikgu Fazlyrizal yang juga setiausaha Ko-Kurikulum SKSRD, "Tiada kemenangan yang dicapai oleh athlet SKSRD pada hari pertama. Hanya Adik Adib yang berjaya menduduki tempat ke-4 dalam acara lontar peluru".

SKSRD telah menghantar 16 orang athlet untuk bertanding di kejohanan tahun ini.

Monday, February 27, 2012

Perhimpunan Mingguan

Puan Siti Halizah meluahkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang telah hadir ke Mesyuarat Agong PIBG pada 25.02.2012. Beliau juga mengingatkan semua pelajar agar bersedia untuk menduduki ujian pertama yang dijadualkan bermula pada hari Rabu, 7 Mac 2012.


Puan Guru Besar, Puan Hajjah Halimah menyampaikan sijil kepada pelajar yang memenangi acara di dalam Karnival Nasyid dan Tilawah peringkat Zon Bangi. Gambar di atas ialah pelajar yang memenangi tempat ke-2 kategori bercerita. Gambar-gambar yang lain boleh layari Facebook UFoto Bestari. 


Cikgu Abu Talib selaku guru bertugas pada minggu ini mengingat semua pelajar agar menjadi pelajar yang rajin berusaha. "Orang yang kurang pandai tetapi rajin berusaha adalah lebih baik daripada orang yang pandai tetapi malas berusaha".