Wednesday, February 29, 2012

Perkhemahan Unit Uniform Daerah

Pada 26-28 Februari 2012, SKSRD telah menghantar 2 orang pelajar untuk menyertai Perkhemahan Unit Uniform Lelaki (Sekolah rendah) yang bertempat di Tapak Perkhemahan Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort. Menurut Cikgu Yazid, "Kedua-dua pelajar itu mewakili Persatuan Pengakap dan PBSM sekolah". 

Cikgu Yazid yang merupakan guru penasihat Persatuan Pengakap telah dilantik sebagai guru pengiring ke program 3 hari berkenaan. Program berakhir pada tengahari hari selasa, 28-02-2012.

Tuesday, February 28, 2012

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat berlangsung bermula hari ini hingga khamis, 01 Mac 2012. Sekolah kebangsaan Sungai Ramal Dalam (SKSRD) telah dipilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan 3 hari yang berlangsung di Stadium UKM Bangi itu. Menurut Cikgu Fazlyrizal yang juga setiausaha Ko-Kurikulum SKSRD, "Tiada kemenangan yang dicapai oleh athlet SKSRD pada hari pertama. Hanya Adik Adib yang berjaya menduduki tempat ke-4 dalam acara lontar peluru".

SKSRD telah menghantar 16 orang athlet untuk bertanding di kejohanan tahun ini.

Monday, February 27, 2012

Perhimpunan Mingguan

Puan Siti Halizah meluahkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang telah hadir ke Mesyuarat Agong PIBG pada 25.02.2012. Beliau juga mengingatkan semua pelajar agar bersedia untuk menduduki ujian pertama yang dijadualkan bermula pada hari Rabu, 7 Mac 2012.


Puan Guru Besar, Puan Hajjah Halimah menyampaikan sijil kepada pelajar yang memenangi acara di dalam Karnival Nasyid dan Tilawah peringkat Zon Bangi. Gambar di atas ialah pelajar yang memenangi tempat ke-2 kategori bercerita. Gambar-gambar yang lain boleh layari Facebook UFoto Bestari. 


Cikgu Abu Talib selaku guru bertugas pada minggu ini mengingat semua pelajar agar menjadi pelajar yang rajin berusaha. "Orang yang kurang pandai tetapi rajin berusaha adalah lebih baik daripada orang yang pandai tetapi malas berusaha".

Saturday, February 25, 2012

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35

Persatuan Ibu Bapa - Guru SK Sg Ramal Dalam telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-35 pada 25 Februari 2012. Majlis telah dihadiri seramai 226 orang yang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru dan anak-anak didik SK SURADA.


Ibu bapa mendaftar diri di meja urusetia

Tetamu Undangan Khas

Persembahan pelajar

Sesungguhnya, mesyuarat seumpama ini telah memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa dan guru-guru untuk bertukar-tukar fikiran dan maklumat tentang akhlak, keperluan dan pencapaian anak-anak didik SKSURADA.

Friday, February 24, 2012

Amalan Membaca





Gambar-gambar di atas menunjukkan suasana di dalam Perpustakaan SKSRD. 



Thursday, February 23, 2012

Perjumpaan Pagi


Pelajar Tahun 6 berkumpul di Dewan SK Surada untuk
mendengar nasihat dan teguran daripada cikgu-cikgu

Penyelaras Tahun 6, Cikgu Abu Talib berkata, "Pertemuan pagi seumpama ini dirancang sebagai medan untuk cikgu-cikgu memberi kata-kata perangsang kepada pelajar".



Monday, February 20, 2012

MAKLUMAT MURID SECARA 'ON LINE'

Guru-guru kelas diminta memasukkan maklumat murid secara 'on-line' menggunakan website/portal yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Unit Bestari SKSRD menyediakan 5 buah laptop yang disambung ke talian internet di bilik guru sebagai kemudahan kepada cikgu-cikgu kelas. 

Gambar di atas menunjukkan Cikgu Abu dan Cikgu Norfadilahwati sedang memasukkan data murid tahun 6 sambil diperhatikan oleh Pn Hajjah Siti Halizah selaku Guru Penolong Kanan (GPK 1).


Cikgu 'Ain sedang membantu Ustazah Zimah untuk 'key in' data murid tahun 4. Cikgu 'Ain merupakan Guru Data sekolah.