Monday, March 26, 2012

Keputusan Terbaik Di dalam Kelas

Guru-guru Matematik tahun 4 telah mengambil peluang sewaktu perhimpunan mingguan untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya mendapat markah tertinggi di dalam kelas masing-masing. Berikut ialah senarai yang dinobatkan sebagai murid terbaik matapelajaran Matematik di dalam Ujian 1:-

1) Muhammad Farhan Kasrijal (4Bestari)
2) Muhammad Fathurrahman Ismail (4Amanah)
3) Muhammad Syafiq Izzat Shaipul Nizam (4Dedikasi)
4) Muhammad Amirul Haikal (4Kreatif)
5) Nur Eisyatin Radhiah bt Annuar (4Optimis)

Adik Muhammad Syafiq Izzat menerima hadiah daripada Puan Guru Besar.
{Hadiah adalah sumbangan daripada guru-guru Matematik Tahun 4}

Semoga hadiah ini dapat menjadi perangsang kepada murid-murid untuk lebih berjaya di dalam peperiksaan yang akan datang.



Thursday, March 22, 2012

Sisitem Pemarkahan Pelajar


Cikgu-cikgu SKSRD mulai sibuk untuk memasukkan markah pelajar ke dalam Sistem SAPS Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem ini dapat memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk mengetahui maklumat secara atas talian. 

{ Gambar di atas menunjukkan Cikgu Maimon sedang memasukkan markah menggunakan Laptop yang disambungkan kepada WIFI Unit Bestari SKSRD }


Tuesday, March 20, 2012

Kematian

Buletin SKSRD dimaklumkan bahawa ayah mertua kepada cikgu Faizal telah meninggal dunia pada malam tadi di Hospital Serdang. "Jenazah mertua saya telah dibawa pulang ke Bagan Datoh pada malam tadi menggunakan van jenazah Masjid Al Falah Kg Sungai Ramal Dalam", ujar cikgu Faizal.

Marilah kita sama-sama do'akan agar rohnya dicucuri dengan keampunan dan kasih sayang Allah SWT.

Monday, March 19, 2012

Keluar Hospital

Isteri kepada cikgu Sharum telah dibenarkan keluar daripada wad setelah menjalani rawatan selama 8 hari di Hospital Serdang. "Isteri saya telah dimasukkan ke hospital pada hari isnin (12.3.2012) yang lalu kerana ada mengalami jangkitan kuman di dalam darah", jelas cikgu Sharum kepada Buletin SKSRD.

Marilah kita sama-sama do'akan mudah-mudahan isteri cikgu Sharum kembali sihat dan cergas untuk bertugas semula.

Monday, March 5, 2012

Pelancaran Bulan Bahasa Melayu

 Ketua Panatia Bahasa Melayu, Cikgu Masriza menyerahkan gunting kepada Puan Guru Besar untuk memotong riben sebagai gimik perasmian.


 Banner khas sempena program Bulan Bahasa Melayu 2012 memaparkan segala aktiviti yang dirancang.


Persembahan pelajar 6 Optimis semasa majlis pelancaran Bulan Bahasa Melayu.

Perhimpunan Mingguan

 Cikgu Azimah berucap menyampaikan pesanan kepada pelajar agar sentiasa mematuhi peraturan dan disiplin sekolah.


 Cikgu Fadhilah pula mengingatkan pelajar untuk bersedia menghadapi ujian bulanan pertama yang akan bermula pada 7hb Mac 2012 (hari Rabu).


Puan Hajjah Halimah (Guru Besar SKSRD) menyampaikan piala pusingan kepada kelas yang mengungguli pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas.

Thursday, March 1, 2012

Kemenangan Emas

Penyertaan SKSRD ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat berakhir dengan hanya memenangi satu (1) emas daripada acara 80meter berpagar. Menurut Setiausaha Sukan SKSRD, Cikgu Jamaludin, kilauan emas itu dimenangi oleh adik Aqila Farah bt Zulkifli. Syabas buat adik Aqila Farah. Terima kasih kepada cikgu yang membimbing.

Senarai Ahli Jawatan Kuasa