Tuesday, July 31, 2012

Tadarrus Ramadhan 1433H

Sempena Program Ihya' Ramadhan tahun ini, pelajar-pelajar SKSRD mengambil peluang untuk bertadarrus mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

Adik Mifzal sedang membaca ayat-ayat Al Qur'an di dalam Juzuk ke-19

Adik Syahmi memerhatikan ayat yang dibaca

Adik Syafiq fokus kepada ayat yang dibaca

Friday, July 27, 2012

Pertandingan Dam dan Congkak

'Indoor Games' ini merupakan anjuran Pusat Sumber Sekolah kebangsaan Sg Ramal Dalam. "Pertandingan ini menjadi salah satu aktiviti bersempena program 'Bulan Julai Bulan Membaca' peringkat SKSRD", ujar Cikgu Rohaya yang juga penyelaras program merangkap Guru Media sekolah.

Lawan Dam... Siapa yang menang?


Ini pula Lawan Congkak. Siapa sedang mendahului?

Wednesday, July 25, 2012

Tazkirah Ramadhan 1433H

Sempena kedatangan Ramadhan 1433H ini Unit Kurikulum dan Panitia Pendidikan Islam telah merancang beberapa aktiviti yang bermanfaat kepada Warga SKSRD. 

Pada pagi ini, Penghayatan Ramadhan ('Ihya' Ramadhan) dimulai dengan Majlis Tazkirah Pagi. Panitia Pendidikan Islam telah menyusun jadual penggiliran untuk guru-guru menyampaikan tazkirah pagi di Gelanggang Juara.

Ustazah Norzainie sedang menyampaikan tazkirah

Pelajar mengamati bait-bait kata yang disampaikan oleh Ustazah Norzainie



Tuesday, July 24, 2012

Percubaan UPSR

Pelajar Tahun 6 SKSRD menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR bermula 24.07.2012 (Selasa) hingga 26.07.2012. 

Tekun menulis jawapan


Suasana peperiksaan di Dewan SKSRD



Wednesday, July 4, 2012

YDP Merasmikan Kejohanan


Dr Muhammad Fadhli selaku YDP PIBG SK Sg Ramal Dalam sesi 2012/2013 mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke Kejohanan Sukan Tahunan ini. YDP berharap semoga kehadiran ibu bapa pada hari ini mampu menyuntik semangat juang ke dalam diri anak-anak untuk bersaing dan bertanding.