Wednesday, August 29, 2012

Taklimat Guru

Taklimat khas sempena Majlis Solat Hajat Perdana diadakan di Bilik Gerakan. Penyelaras Program, Ustazah Halimah telah memberi penjelasan kepada rakan-rakan guru tentang perjalanan program dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. 

Sesungguhnya, kesepakatan dan komitmen guru-guru menjayakan setiap aktiviti SKSRD di setiap ketika.


Ustazah Halimah sedang memberikan taklimat ringkas
kepada rakan-rakan guru

Serius menatap Buku Program. Mesti ada yang tak kena.....

Renungan tajam... ada yang tak puas hati ke?

Dua jejaka berbaju hitam meneliti aturcara program.

Friday, August 10, 2012

Anugerah Guru Nilam

Pusat Sumber SKSRD telah memilih dua orang guru sebagai penerima hadiah Guru Nilam bagi Bulan Julai. Majlis penyampaian hadiah diadakan di Tapak Perhimpunan SKSRD.


Puan Tun Zetty Aida, Guru Bahasa Inggeris Tahun 1 & Tahun 4


Puan Irdiana, Guru Bahasa Inggeris Tahun 4 dan Tahun 5










Thursday, August 2, 2012

Ulangkaji Matematik

Pelajar 4 Dedikasi menjawab soalan-soalan latihan Matematik kertas 2 sebagai persediaan menghadapi ujian bulanan ke 2 yang akan bermula pada 7hb. Ogos ini.

Adik Aemran sedang menjawab soalan yang diberi oleh cikgu

Adik Husna tekun menjawab soalan



Wednesday, August 1, 2012

Gantung Bendera

Panitia Kajian Tempatan bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan menggantung bendera sempena Bulan Kemerdekaan.

Cikgu Fazly bekerja keras mempastikan Kejayaan
Sambutan Kemerdekaan pada tahun  ini.

Merdeka!!!